ESPORTS MASTERCLASS: THE VOICE OF ESPORTS

ESPORTS MASTERCLASS: THE VOICE OF ESPORTS

ESPORTS MASTERCLASS: THE VOICE OF ESPORTS merupakan sebuah program pembangunan bakat yang dianjurkan oleh Akademi Esports Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan dan Kolej Yayasan Negeri Sembilan. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari asas serta teknik profesional dalam bidang shoutcasting, termasuk kawalan suara, penyampaian ulasan yang bertenaga, pengurusan emosi ketika bersiaran, dan cara berinteraksi dengan penonton. Dikendalikan oleh MARS, penerima anugerah MPL Best Talent Musim 13 dan 15, masterclass ini direka khas untuk individu yang bercita-cita menjadi caster esports, penganalisis, hos, atau ingin membina kerjaya dalam industri esports dengan mempelajari pengalaman dan teknik yang digunakan di peringkat profesional.

Pemeteraian MOU Kerjasama Strategik

Pemeteraian MOU Kerjasama Strategik

22 Jun 2026,- Telah berlangsungnya majlis pemeteraian kerjasama strategik antara Kolej Yayasan Negeri Sembilan dan Akademi NSEA.Kerjasama ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh pembangunan pendidikan serta melahirkan lebih ramai bakat muda yang berkemahiran dalam bidang TVET dan esports.Melalui jalinan kerjasama ini, kedua-dua pihak komited untuk menyediakan peluang pembelajaran, latihan dan pembangunan kemahiran yang selari dengan keperluan industri semasa.Diharapkan kerjasama strategik ini dapat melahirkan pelajar yang kompeten, berdaya saing dan cemerlang, sekali gus menyumbang kepada pembangunan modal insan berkualiti dalam bidang TVET dan esports di Negeri Sembilan serta di peringkat nasional.

PELANCARAN AKADEMI NSEA

PELANCARAN AKADEMI NSEA

Di Negeri Sembilan Esport Akademi, kami percaya bahawa esport bukan hanya tentang bermain permainan video semata - mata, ia tentang semangat untuk berjaya, kerjasama berpasukan, dan memberi peluang untuk bakat muda bersinar. Sama ada anda seorang pemula yang ingin meningkatkan kemahiran atau pemain berpengalaman yang bercita-cita untuk menjadi profesional, akademi kami menyediakan platform untuk memajukan kemahiran anda, dan membuka potensi diri.